Pasca-KAD `09: FEEDBACK

Assalamualaikum w.b.r

Terima kasih buat semua penaja, artis, krew, press, dan hadirin yang telah hadir dan memberi sokongan sepenuhnya untuk KONSERT ANTARA DUNIA 2009 yang telah selamat di adakan pada 1 Ogos lalu.

Sumbangan kalian dalam pelbagai bentuk sangat berharga dan hanya Allah mampu membalasnya.
Pihak GAMIS mengucapkan ribuan kemaafan andai ada kesilapan sebelum, semasa dan selepas program. Gamis masih dalam usia setahun jagung dalam penganjuran konsert seperti ini.

Memandangkan ini adalah konsert pertama Gamis, memang banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk akan datang.

Untuk itu, kami dengan berbesar hati memohon semua yang terlibat dalam KAD `09 secara langsung atau tidak langsung untuk memberikan sedikit feedback terhadap perjalanan KAD `09 secara keseluruhannya. Semoga gerak kerja kita sentiasa mendapat keredhaan Allah..ameeen...

Baca Seterusnya...

Menderma untuk masa depan


Salam sejahtera untuk semua peminat konsert nasyid yang diredhai sekalian..

Untuk makluman anda, urusetia gamis ada membuat satu sistem kebajikan melalui pembelian tiket konsert. Jika anda berada jauh dari tempat program, akan tetapi anda ingin sekali menyumbang untuk konsert. Urusetia Gamis akan cuba menguruskannya dengan cara yang terbaik.

Anda boleh membeli tiket dengan memasukkan duit tiket ke dalam akaun gamis, dan tiket tersebut akan digunakan oleh anak-anak yatim untuk menyaksikan persembahan Konsert Antara Dunia 2009.

Dengan ini, anda berpeluang menderma yang mana pahalanya akan kekal sehingga kita ke alam barzakh dan pahalanya akan menambahkan amalan baik ketika hisab di akhirat kelak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Nur Fariza Zahrin di talian; 013-2967892

Semoga usaha yang dilakukan sentiasa diberkati Allah...


Baca Seterusnya...

Kumpulan Nibras akan menghangatkan Konsert

Salam sejahtera buat semua peminat nasyid tanah air...

Konsert Antara Dunia 2009 kini semakin hampir. Pelbagai persiapan sedang rancak dilaksanakan. Antara perkembangan terbaru KAD `09 ialah penambahan kumpulan nasyid yang akan menyertai persembahan pada malam 1 Ogos 2009. Kumpulan nasyid yang dimaksudkan ialah Kumpulan Nibras yang diterbangkan khas daripada Tanah Arab, Mekah.

Ketika Ustaz Asri Ibrahim dan En.Azadan Abdul Aziz mengerjakan umrah di Mekah, mereka telah dijemput oleh Kumpulan Nibras untuk menyaksikan persembahan. Kumpulan nasyid di Mekah tidak banyak sepertimana di Malaysia, jadi Kumpulan Nibras mudah dikenali disekitar Tanah Arab.

Dengan kehadiran konsert ini, maka tercetuslah idea daripada Pengarah bersama Konsert Antara Dunia 2009 ini, En.Azadan Abdul Aziz ingin menjemput Kumpulan nasyid Nibras untuk datang menghangatkan konsert sebelum ia bermula. Seramai 15 orang ahli Kumpulan Nibras dan krew mereka akan tiba di Malaysia pada 29 Julai untuk membuat persediaan untuk Konsert Antara Dunia 2009. Kumpulan Nibras akan menghiburkan penonton sebelum konsert sebenar bermula.

Konsert ini semakin lama semakin berkembang besar daripada idea asalnya. Dengan kehadiran 2 kumpulan nasyid luar negara, diharap dapat menggegarkan Stadium Melayawati pada 1 Ogos nanti. Konsert Ini adalah konsert besar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh mahasiswa. Oleh itu, AJK yang terlibat amat memerlukan Rabbani sebagai penasihat dalam semua aspek kerana mereka lebih berpengalaman dalam mengadakan konsert besar-besaran.

Peluang ini tidak datang selalu, sekali ia datang, kita harus bijak menerimanya dengan memaksimumkan kapasiti dan potensi diri kita. GAMIS sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Rabbani. InsyaAllah, jika ada rezeki, konsert yang menjadi alternatif kepada masyarakat ini akan dijadikan agenda tahunan GAMIS.

Untuk akhirnya, suka saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama konsert ini iaitu Permata Hijrah, tidak dilupakan juga kepada semua penaja bersama yang lain. Semoga perjalanan konsert ini sentiasa diredhai Allah. Bersama doakan kejayaan Konsert Antara Dunia 2009. Terima kasih.

Baca Seterusnya...

Pengenalan Shoutul Harokah


ShouHAR bediri di Bandung pada tanggal 31 Desember 2001 dibentuk atas dasar keinginan untuk menjadikan nasyid sebagai sarana penyebaran da’wah islam dan penyemangat para aktivis da’wah di seluruh penjuru dunia.

ShouHAR dirintis oleh para aktivis da’wah di Indonesia seperti Muhammad Taufik Ridlo, Lc., M.Dipl.Ec aktivis da’wah yang merupakan alumnus timur tengah juga pakar ekonomi syariah, Hilman Rosyad Syihab, Lc aktivis da’wah juga alumnus timur tengah yg mengambil keilmuan dibidang syariah, Rikrik Hartadi, Ridwan Solichin, Cecep D Hidayat, Raden Candra, Asep Irawan merupakan aktivis da’wah kampus dan sekolah ada juga Umar Rakhmatullah, Andhika (Drummer) juga personil ShouHAR yang sama merintis tim nasyid ini namun karena kesibukannya mereka tidak lagi bergabung di tim nasyid ini. Untuk posisi Drummer selanjutnya di isi oleh 2 orang pemuda yang memiliki background musik yg sarat pengalaman yaitu Bakti Prawira dan Raphael Prapanca.

Sudah 5 Album dan 1 Single Album direlease oleh ShouHAR selama 9 tahun berkiprah dibelantika dunia nasyid nusantara ini, Album pertama adalah “Derap Keadilan” (2003), Album “Tak Kenal Henti” (2005), Album “Ini Langkahku” (2006), Album “Bangkitlah Negeriku Harapan Itu Masih Ada” (2008), Album Kumpulan Nasyid Arab (2009) dan Album Single “Mars Wanita Keadilan” (2009).

****Untuk maklumat lanjut boleh layari Profail Shoutul Harokah

Baca Seterusnya...

Majlis Sidang Media Konsert Antara Dunia 2009

Konsert Antara Dunia 2009 akan mengadakan Majlis Sidang Media seperti maklumat berikut:

Majlis Sidang Media

KONSERT ANTARA DUNIA 2009 (KAD`09)

Bersama
Rabbani, Raihan, Hijjaz,
Ustaz Ahmad Dinie Juri & Ustaz Sobri

Di
Kuzie Catering, Penthouse, Suite 4, Cattleya Grand Ballroom Wisma PKPS, Persiaran Perbadanan 40675 Shah Alam, Selangor.

Tarikh
7hb Julai 2009 (SELASA)

Masa
12.00 Tengah Hari

Baca Seterusnya...

Terkini mengenai Konsert Antara Dunia 2009

Konsert Antara Dunia yang bakal diadakan pada 1 Ogos akan datang sedang giat menjalankan promosi ke seluruh lembah kelang dan Negeri Selangor.

Sidang Media Konsert Antara Dunia akan di pada 7 Julai 2009 di Kuzie Catering, Shah Alam. Sidang media yang akan dimulakan pada jam 12 Tengah hari itu membawakan semua wakil-wakil artis yang terlibat dalam konsert yang akan diadakan itu. Urusetia konsert dengan ini mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil media untuk turun sama-sama memeriahkan sidang media tersebut.

Untuk pengetahuan semua, Sekretariat Konsert yang bertempat di pejabat Rabbani sedang giat membuat persediaan untuk konsert yang julung-julung kalinya di anjurkan oleh Gamis. Ini adalah salah satu langkah untuk mencapai misi dakwah yang dibawakan oleh gamis. Ia akan menjadi satu batu loncatan untuk Gamis terus mara kehadapan dalam era yang serba mencabar ini.

Usaha menganjurkan konsert ini merupakan satu usaha yang besar dan memerlukan penglibatan semua pihak. Ini juga memberi pengalaman baru kepada ahli-ahli Gamis tentang strategi menjalankan konsert. Pihak Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. sangat membantu urusetia konsert dalam menguruskan perjalanan konsert.

Pihak Gamis mengharapkan sekongan sepenuhnya daripada seluruh ahli Mahasiswa Islam diseluruh kampus di Malaysia. Datang dan jemput rakan-rakan lain untuk sama-sama menyaksikan dan merasai sendiri kelainan Konsert Antara Dunia 2009. Anda pasti akan merasai satu kelainan dan mendapat pengalaman yang tidak diperolehi di tempat lain.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai konsert antara dunia 2009 sebagai AJK untuk menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi Aisyah (013-6288591).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai artis- artis yang terlibat, anda boleh klik link di bawah:

Rabbani, Hijjaz, Raihan, Shoutul Harokah

Baca Seterusnya...

Poster Konsert Antara Dunia

Baca Seterusnya...

Tiket sudah mula dijual

Beli atau tempah sekarang sebelum terlambat...!!!


Klik di sini untuk tempah tiket

Harga Tiket

Kanak - Kanak : RM 5
Dewasa : RM 10
* VIP : RM 50
* Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100

* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP, berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk adalah berasingan. Lelaki dan perempuan diasingkan.
* Bagi Pakej Famili yang mana kanak-kanak tidak sampai 4 orang, boleh ajak kanak-kanak lain untuk turut serta bagi mencukupi kuota.

Baca Seterusnya...

Pengenalan Konsert


Konsert ini yang dinamakan KONSERT ANTARA DUNIA 09 merupakan cetusan idea dari Ahli Jawatankuasa Konsert GAMIS dan Rabbani Productions Sdn Bhd. Julung - julung pertama kalinya dilaksanakan oleh ahli GAMIS yang terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemanusiaan sebagai seorang Muslim. Muzik dilihat sebagai elemen yang dekat di hati masyarakat dan medan menyebarkan dakwah masa kini di samping mempamerkan kesenian Islam.

Info Konsert

Tema
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 malam - 11.00 malam

Tempat
Stadium Malawati, Shah Alam

Tajaan

Mana-mana syarikat yang berminat mahu menaja dan mengetahui keterangan lanjut mengenai konsert ini boleh menghubungi :

En. Azadan : 019-2110300 atau layari
Laman Web : www.rabbani.com.my

Ruangan Iklan

Kepada pengunjung yang berminat meletakkan ruangan iklan di sini, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Iklan

Promosi Produk Anda

Gerai Konsert

Kepada yang mungkin berminat untuk berniaga atau membuka gerai jualan bermula pagi hingga ke tengah malam.

Hubungi

Shahrul Azhar :
019-2225580

Rehat Sebentar

Kerjasama

Harga TIKET

RM 5 :
(Kanak- kanak)
RM 10 :
(Dewasa)
RM 50 :
(VIP)
RM 100 :
(2VIP + 4 Kanak-kanak)

Anjuran


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia


Rabbani Production (M) Sdn Bhd

Hubungi untuk dapatkan TIKET

Lembah Pantai
Abdul Qahhar :
013-6288614
Anie :
013-3796023

Klik untuk tempah Tiket

Penaja Utama



Permata Hijrah


Kerjasama


Majlis Bandaraya Shah Alam

Followers



Moderator Laman Web
(Admin)
Abdul Qahhar ibn Mohd Noor
013-6288614
konsertgamis@gmail.com